Wednesday, November 4, 2015

Semua pasti ada hikmahnya (◕︵◕)

Jujur aku katakan apa yang dihadapi ini merupakan suatu cabaran
Sama ada ia jujur, jelas mahupun suatu kebetulan
Apa yang dihadapi sering kali bermula dengan persoalan
sama ada ia merupakan merupakan suatu kenyataan mahupun suatu keinginan


Sejuta mana pun persoalan yang dianjur, sejuta jua dia berikan alasan
Mengharapkan setiap soalan itu diberikan jawapan 
Tak kira jawapan yang diberikan merupakan suatu penipuan 
Kerana apa yang berlaku memang diluar jangkaan kau dan aku 


Aku selalu mengharapkan ini merupakan suatu pengakhiran 
Tapi disebaliknya kau mengharapkan suatu gurauan
Entah sama ada ia suatu kebetulan dalam suatu keadaan
Mahupun suatu permainan yang kau mulakan 


Aku mohon jangan pernah kembali dengan suatu harapan
Aku mohon jangan pernah kembali dengan sejuta penyesalan
Dan aku mohon jangan pernah kembali dengan seribu cara dalam hubungan
Kerana
Aku tahu semua pasti ada hikmahnya