Tuesday, August 25, 2015

Aku seperti ★~(◡﹏◡✿)

Aku seperti Bunga,
yang memerlukan air untuk menyempurnakan aku.


Aku seperti Bintang,
yang ingin melihat Bulan Purnama untuk menyinari pada waktu malam.


Aku seperti Langit,
yang memerlukan Angin megiringi ku.


Aku seperti kertas,
yang memerlukan Warna untuk mengindahkan aku.


Engkau adalah lelaki yang sempurna buat aku.


Engkau yang hanya boleh membahagiakan aku.
Engkau yang hanya boleh iringi ku.
Dan engkau telah menyedari ku,
Apa ertinya Cinta.

Monday, August 24, 2015

Perasaan yang dinamakan cinta ♥‿♥

Aku tak tahu bila perasaan ni hadir,
ia muncul dengan perlahan,
aku cuba mengenali diri,
tapi ia terlalu banyak tekanan.

Bukan tak ingin memahami rasa ini,
aku hanya bebelah bahagi,
tentang perasaan yang timbul kini,
mungkin kah suatu hari akan pergi.

Apa perasaan ini memberikan kesan,
atau ia membawa mimpi menjadi nyata,
aku ingin rasa bahagia,
bukan hanya melalu kata kata.

Mungkin ia hadir bukan tepat waktunya,
mungkin ia cuma hadir seketika,
aku sering mengharapkan ia nyata,
tapi aku tahu aku bakal terluka.

Aku perlukan dorongan,
bukan dengan kata,
kerana
ini merupakan perasaan
yang dinamakan cinta