Thursday, September 22, 2016

Tatapan Mata Membagiku Harapan (ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧

Dah nak hampir 2 minggu kita tak bersua,
Mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku hari ini,
Bagi menganti rindu ini dengan kebahagiaan,
Untuk kepentingan diri aku ini.

Selama dua minggu itu,
aku risau dengan keadaan dirimu yang tidak mempunyai khabar.
aku rindu dengan segala perkara kecil yang sering kau lakukan,
aku amat perlukan dirimu saat diri aku ini jatuh,
aku mohon sentiasa ada bila aku perlu.

Dan hari yang dinanti nantikan pun dah tiba,
dimana mata kita saling bertembung,
bagaikan masa terhenti buat sementara waktu,
seolah olah bagi peluang untuk kita memerhati antara satu dengan yang lain.

Aku terpaku dimana masa mampu berhenti untuk kita,
walaupun ia buat sementara tapi cukup untuk kita alaminya,
ingin saja aku tahu apa yang kau fikirkan bila takdir berhentikan masa untuk kita,
adakah kau juga merasakan apa aku rasakan? seperti yang aku alami sekarang?

Malah, dirimu lebih memahami diri aku dari yang sebelum ini.
Mungkin kerana lama tak bersua mampu mengubah dirimu yang kejam ?
Atau itu memang hanya keadaan kamu yang berlaku baik buat hari saja.

Apa apa pun,
aku tak kisah apa yang berlaku sama kita hari ini,
tak kisah jika takdir mengizinkan untuk menghentikan masa,
tak kisah dengan sikap kamu yang berubah musim,
apa yang aku kisah,
Tatapan Mata Membagiku Harapan bagi yang kesekian kalinya.

Tuesday, September 6, 2016

Kebenaran Yang Menyakitkan Namun Sebahagian Darinya adalah Kebahagiaan ヽ(^◇^*)/

Aku ingin sekali mengetahui kebenaran yang tersembunyi yang tak pernah Tuhan tunjukkan.
Tentang perasaan dia, hati dia, mahupun segala galanya tentang dia.
Mungkin dengan tindakan aku ini, aku pasti dapat apa yang aku tak ketahui selama ini.
Walaupun, dengan cara yang halus mahupun kasar.

Keinginan nak tahu hal tentang dia memang sesuatu yang amat mendebarkan.
Namun ini demi diri aku untuk mencabar diri dan mengetahui semua tentang diri dia.
Hal ini memang aku tak patut tahu kerana aku bukan siapa siapa pada dia.
Tapi perasaan ini ingin sangat tahu apa yang Tuhan nak sampaikan melalui cara aku ini.

Memang benar. 
Mengetahui kebenaran tentang dirinya memang sesuatu yang menyakitkan.
Megetahui kebenaran tentang dirinya memang sesuatu yang mendebarkan.
Mengetahui kebenaran tentang dirinya memang sesuatu yang membahagiakan.
Aku mohon sebahagian dari dirinya aku adalah salah satu dari hidupnya.

Hakikatnya, 
semua pendapat orang yang aku risik semua sama.
Ramai yang membagi pendapat yang hampir sama untuk aku jangan terlalu berharap.
Tapi siapa aku untuk menghalang perasaan ini bagi berhenti berharap.
Kerana dia seorang yang peramah yang sering dorang curiga bagi mengelak hati aku mudah terluka.

Namun,
Sebahagian dari kebenaran aku dapat sebahagian dari kebahagiaan.
Dimana dirinya tak pernah menunjukkan watak yang indah pada yang lain,
Dimana dirinya tak pernah buat perkara yang indah pada yang lain.
KECUALI
pada diri aku.

Setelah mengetahui semua ini,
Kebenaran Yang Menyakitkan Namun Sebahagian Darinya adalah Kebahagiaan 

Thursday, September 1, 2016

Mohon Jangan Berubah ( ́ ◕◞ε◟◕`)

Dari sini aku sering mengharapkan suatu keajaiban yang berlaku.
Malah, aku sering juga mengharapkan kita lebih dari hubungan persahabatan.
Maafkan aku jika alasan yang aku berikan ini melalui persahabatan untuk mendekati dirimu.
Bukan kudrat aku untuk menghalang perasaan ini. Kerana ini hadir dengan keizinan-Nya.

Pada masa ini, kita mungkin akan mengalami bahagia yang tak terkira.
Tapi aku ingin kau tahu, aku nak kita kekalkan apa yang kita ada sekarang walaupun sebagai seorang sahabat.
Diri ini hanya lah insan yang kerdil dan sering mengharapkan apa lebih dari aku mampu.
Menjadi seorang yang tamak dalam hal sebegini, memang diri aku.

Tapi
Kenapa dalam suatu situasi buat masa sekarang, kita akan diam.
Kenapa dalam suatu keadaan buat masa sekarang,kita sering ego dalam hal yang kecil.
Kenapa dalam suatu saat buat masa sekarang, kau sering buat aku rasa istimewa.
Dan kenapa dalam suatu minit buat masa sekarang, kau sering tinggalkan aku sendirian.

Dengan sikap yang kau buat sekarang, membuatkan aku sedar pada masa nanti.
Dimana kau akan tinggalkan aku, walaupun aku amat memerlukan kamu.
Serta, suatu masa nanti kau akan memilih yang lain selain diri aku.
Itu pasti buat aku kecewa, buat aku terluka dengan keadaan yang kau buat pada diri aku.

Dalam tanpa aku sedar, mengawal perasaan seseorang bukanlah hak aku.
Maafkan aku sering mengharapakan apa yang aku tak akan bakal dapat.
Diri ini mudah terluka dengan tindakan yang kau tak sedari.
Memang ini keadaan yang paling aku tak suka, dan keadaan yang paling aku benci.

Walauapapun yang berlaku aku mohon, jangan pernah berubah.
Aku mohon jangan pernah berubah. Sesekali jangan pernah berubah.
Mungkin aku memang tamak dalam suatu kepastian yang tidak pasti.
Apa yang pasti Mohan Jangan Berubah