Monday, August 24, 2015

Perasaan yang dinamakan cinta ♥‿♥

Aku tak tahu bila perasaan ni hadir,
ia muncul dengan perlahan,
aku cuba mengenali diri,
tapi ia terlalu banyak tekanan.

Bukan tak ingin memahami rasa ini,
aku hanya bebelah bahagi,
tentang perasaan yang timbul kini,
mungkin kah suatu hari akan pergi.

Apa perasaan ini memberikan kesan,
atau ia membawa mimpi menjadi nyata,
aku ingin rasa bahagia,
bukan hanya melalu kata kata.

Mungkin ia hadir bukan tepat waktunya,
mungkin ia cuma hadir seketika,
aku sering mengharapkan ia nyata,
tapi aku tahu aku bakal terluka.

Aku perlukan dorongan,
bukan dengan kata,
kerana
ini merupakan perasaan
yang dinamakan cinta 

No comments:

Post a Comment