Saturday, August 20, 2016

Masa Tidak Akan Pernah Cukup (◠‿◠✿)

Aku tidak akan pernah tahu, peluang yang diberikan amatlah terbukti.
Dimana dirinya dan diri aku, telah dikawal oleh masa yang dibahagi.
Aku mohon disetiap saat yang diberi, amatlah aku hargai.
Kerana peluang ini amatlah tipis dalam setiap perkara yang aku hadapi.

Dimana dirinya begitu dekat dengan diri ini, aku sering memerhati.
Tidak pernah terlepas pandangan ini, kerana dirinya amat berhati hati.
 Mungkin aku bukanlah seorang yang terbaik untuk dirinya,
Tapi aku mampu bagi kebahagiaan yang tak terkira.

Pada saat yang sunyi, aku mengharapkan kau menyendiri.
Bagi memberi, suatu keadaan yang pasti.
Bukan niat aku untuk mencintai, tapi hati ini telahpun kau bakal miliki.
Kerana aku menyayangi, bagi setiap saat yang Tuhan beri.

Tidak pernah terlepas melihat setiap sudut personalitimu, dimana aku diam terkaku.
Kerana aku mengharapkan persamaan, namun yang hanya ada perbezaan.
Aku yakin memori boleh tercipta, walaupun ia satu diluar jangka.
Kerana dirimu begitu indah, sedangkan aku begitu lemah.

Aku mengharap masa sebegini berulang lagi, bagi ketenangan di dalam hati.
Dimana bagi aku memori ini amatlah bererti, walaupun kau aku perlu lebih ketahui lagi
Kerana bagi diriku, Masa Tidak Akan Pernah Cukup untuk aku dekat dengan dirimu.


No comments:

Post a Comment