Dari satu masa ke satu masa aku masih sering mengharapkan hubungan ini lebih dari kawan,
Mungkin itu cuba imaginasi serta impian aku sahaja.
Tapi aku tahu perasaan kamu bakal berubah dalam satu masa nanti.
Serta aku mengharapkan masa itu akan berlaku di masa terdekat mahupun panjang.
Tapi yang aku pasti Tuhan tahu yang terbaik buat kita.
Jika benar Tuhan membenarkan keadaan kita mampu pergi lebih jauh.
Aku lah orang yang pertama akan menanti saat itu.
Dimana aku dan kamu mengharungi segala cabaran dan dugaan yang diberikan.
Serta aku tak sabar untuk sentiasa ada, kekal dan bahagia dengan dirimu.
Semoga apa yang aku impikan, dikabulkan.
Jika perlu aku katakan, aku sangat bahagia dengan keadaan kita begini.
Dimana aku dan kamu tidak mempunyai apa apa hubungan melainkan kawan.
Serta perasaan ini akan kekal selamat tanpa apa apa yang berlaku.
Aku juga mengharapkan keadaan kita sampai sekarang akan kekal selamanya.
Walaupun, aku tahu suatu hari nanti kau pasti bakal pergi.
Disaat bila hal ini melibatkan keadaan yang bakal pudar.
Aku tak ingin perkara itu berlaku walaupun keadaan memaksa kita untuk buat begitu.
Jika perlu, aku tak ingin juga menyebut mahupun membincang hal yang melibatkan perpisahan ini.
Aku nak selamanya kekal dengan keadaan ini buat masa sekarang, hari ini, esok, lusa dan selamanya.
Dalam setiap detik dan masa aku sering mendoakan keadaan kita akan bahagia.
No comments:
Post a Comment