Saturday, November 19, 2016

Selamat Hari Lahir Pujaan Hati ♥‿♥

Menunggu hari yang dinanti telahpun tiba,
ada rasa debaran dan juga gembira,
perlu aku katakan kau penuh dengan tekaan,
dalam suatu persoalan yang perlu ada jawapan.

Semakin hari semakin pudar,
dimana harapan untuk kepastian jauh dari radar,
aku takut pada masa bertentangan dengn takdir,
dalam suatu perancangan memerlukan kan dia hadir.

aku mencuba dan terus mecuba,
untuk suatu ketika mengunakan orang tengah,
namun jawapannya tetap sama,
dimana mampu membuat aku berputus asa.

Dari situ aku berusaha,
untuk tidak cuba berputus asa,
aku dengan beraninya menanyanya sendiri,
aku perlukan hadirnya untuk perancangan ini.

Tanpa ku duga,
jawapannya amat berbeza dari yang aku sangka,
hanya seketika aku terdiam apabila mengetahui jawapannya,
yang mampu buat aku gembira.

Penantian jam 12 tengahmalam aku menanti,
dimana dirinya genap 22 tahun pada tahun ini,
aku menanti dan terus menanti,
dimana kehadirannya mampu membuang sepi.

Aku merasa berdebar bila melihatnya,
dimana hnya bertemankan cahaya lilin kek memancar ke arahnya,
aku terkaku dan gementar dimana hanya matanya aku sering perhatikan,
dimana aku mampu nampak kebaikan dan keikhlasan dalam matanya.

Terserlah kegembiraan dirinya bila hari lahirnya disambut,
Aku hanya mampu tersenyum dalam senyumanan lembutnya,
Selama 7 tahun dirinya tidak menyambut hari lahir,
membuat aku merasa aku berhak untuk membuat hari ini hari yang teristimewa.

Dia mengaku,
dia tidak pandai berhenti tersenyum dan sampai tidak terkata,
dalam keadaan yang meriah dengan riuh rendah suasana,
aku hanya memerhatikan dirinya sahaja,
rindu berada dekat dengan dirinya.

Malah, bila dirinya ingin mengundurkan diri,
aku amat sedih kerana masa yang berlalu begitu pantas,
ingin saja diri ini menahan dirinya untuk sentiasa ada dimataku,
tapi yang pasti siapalah diri aku ini untuk berbuat demikian.

Pada pengunjungnya,
dia berterima kasih atas semua yang disediakan buat dirinya,
aku hanya mampu tersenyum dan hanya mengharapkan lebih dari itu,
apa apa pun aku hanya akan tidak akan pernah lupakan semua ini pada hari ini.

Dimana dirinya
memegang tanganku buat seketika membuat diriku masih dilemma sampai sekarang,
bagaikan tak ingin sahaja aku lepaskan.
apa apa pun hadiah buat aku cukup indah buat diri ini makin sayang sama dirimu.
Apa pun terjadi,
Selamat Hari Lahir Pujaan Hati <3 p="">

No comments:

Post a Comment