Tuesday, October 11, 2016

Aku Ingin Sentiasa Rasa Begini (≧◡≦)

Dalam satu minggu itu,
aku mengharapkan kehadiran kau untuk hari hariku,
tidak perlu aku pertikaikan kerana rindu ini amat kukuh,
dari situ aku harapkan kau sentiasa dimana aku sentiasa engkau perlu.

Sekian lama kita berkawan,
kau tak pernah sekali memulakan pertanyaaan,
pertanyaan yang membuat aku seperti dalam awangan,
bertanya dimana kehadiran diriku berada dalam suatu keadaan.

Mulanya,
aku tak menyangka,
kau akan ada di mana aku berada,
seperti aku tidak akan pernah sentiasa ada,
dimana mana pun aku berada.

Dari situlah,
kau mulai untuk memulakan pernah yang kecil yang mampu aku tertawa,
dan dari perkara kecil itu kau sering aku perhatikan kerna kau membuat aku tertawan,
tidak pernah sesekali kau akan membuat aku rasa kebahagiaan,
dan aku langsung tak pernah merungut akan kenangan yang diberikan.

Tapi,
kau memerhati aku,
ingin aku untuk menunjukkan diri aku yang sebenar,
bagi sentiasa menjadi diri aku yang sebetulnya,
aku bukan tak ingin menonjolkan diri aku yang sebenar benarnya,
itu kerna aku malu dengan pelawaan yang dia tawarkan.

Dalam pelawaan itu,
aku patut terima kerana itu mungkin suatu kenangan yang unik bagi seorang perempuan seperti aku,
tapi apakan daya, aku seorang perempuan yang mementingkan batas antara kita,
maafkan aku, tapi aku harap kau akan fahami hal ini.
Jika saja, aku terima mungkin hari ini hari yang paling bahagia yang akan aku kenang sampai bila bila.

Dalam erti kata lain,
aku nak kau selalu bersifat romantik sebegini,
aku tahu aku tak layak dalam hal hal romantik ini,
tapi aku mohon sangat pada Tuhan,
Aku Ingin Sentiasa Rasa Begini.

No comments:

Post a Comment