Thursday, September 1, 2016

Mohon Jangan Berubah ( ́ ◕◞ε◟◕`)

Dari sini aku sering mengharapkan suatu keajaiban yang berlaku.
Malah, aku sering juga mengharapkan kita lebih dari hubungan persahabatan.
Maafkan aku jika alasan yang aku berikan ini melalui persahabatan untuk mendekati dirimu.
Bukan kudrat aku untuk menghalang perasaan ini. Kerana ini hadir dengan keizinan-Nya.

Pada masa ini, kita mungkin akan mengalami bahagia yang tak terkira.
Tapi aku ingin kau tahu, aku nak kita kekalkan apa yang kita ada sekarang walaupun sebagai seorang sahabat.
Diri ini hanya lah insan yang kerdil dan sering mengharapkan apa lebih dari aku mampu.
Menjadi seorang yang tamak dalam hal sebegini, memang diri aku.

Tapi
Kenapa dalam suatu situasi buat masa sekarang, kita akan diam.
Kenapa dalam suatu keadaan buat masa sekarang,kita sering ego dalam hal yang kecil.
Kenapa dalam suatu saat buat masa sekarang, kau sering buat aku rasa istimewa.
Dan kenapa dalam suatu minit buat masa sekarang, kau sering tinggalkan aku sendirian.

Dengan sikap yang kau buat sekarang, membuatkan aku sedar pada masa nanti.
Dimana kau akan tinggalkan aku, walaupun aku amat memerlukan kamu.
Serta, suatu masa nanti kau akan memilih yang lain selain diri aku.
Itu pasti buat aku kecewa, buat aku terluka dengan keadaan yang kau buat pada diri aku.

Dalam tanpa aku sedar, mengawal perasaan seseorang bukanlah hak aku.
Maafkan aku sering mengharapakan apa yang aku tak akan bakal dapat.
Diri ini mudah terluka dengan tindakan yang kau tak sedari.
Memang ini keadaan yang paling aku tak suka, dan keadaan yang paling aku benci.

Walauapapun yang berlaku aku mohon, jangan pernah berubah.
Aku mohon jangan pernah berubah. Sesekali jangan pernah berubah.
Mungkin aku memang tamak dalam suatu kepastian yang tidak pasti.
Apa yang pasti Mohan Jangan Berubah

No comments:

Post a Comment