Tuesday, September 6, 2016

Kebenaran Yang Menyakitkan Namun Sebahagian Darinya adalah Kebahagiaan ヽ(^◇^*)/

Aku ingin sekali mengetahui kebenaran yang tersembunyi yang tak pernah Tuhan tunjukkan.
Tentang perasaan dia, hati dia, mahupun segala galanya tentang dia.
Mungkin dengan tindakan aku ini, aku pasti dapat apa yang aku tak ketahui selama ini.
Walaupun, dengan cara yang halus mahupun kasar.

Keinginan nak tahu hal tentang dia memang sesuatu yang amat mendebarkan.
Namun ini demi diri aku untuk mencabar diri dan mengetahui semua tentang diri dia.
Hal ini memang aku tak patut tahu kerana aku bukan siapa siapa pada dia.
Tapi perasaan ini ingin sangat tahu apa yang Tuhan nak sampaikan melalui cara aku ini.

Memang benar. 
Mengetahui kebenaran tentang dirinya memang sesuatu yang menyakitkan.
Megetahui kebenaran tentang dirinya memang sesuatu yang mendebarkan.
Mengetahui kebenaran tentang dirinya memang sesuatu yang membahagiakan.
Aku mohon sebahagian dari dirinya aku adalah salah satu dari hidupnya.

Hakikatnya, 
semua pendapat orang yang aku risik semua sama.
Ramai yang membagi pendapat yang hampir sama untuk aku jangan terlalu berharap.
Tapi siapa aku untuk menghalang perasaan ini bagi berhenti berharap.
Kerana dia seorang yang peramah yang sering dorang curiga bagi mengelak hati aku mudah terluka.

Namun,
Sebahagian dari kebenaran aku dapat sebahagian dari kebahagiaan.
Dimana dirinya tak pernah menunjukkan watak yang indah pada yang lain,
Dimana dirinya tak pernah buat perkara yang indah pada yang lain.
KECUALI
pada diri aku.

Setelah mengetahui semua ini,
Kebenaran Yang Menyakitkan Namun Sebahagian Darinya adalah Kebahagiaan 

No comments:

Post a Comment