Monday, October 10, 2016

Semuanya Penuh Dengan Makna (◕‿-)

Semua ini berlaku seperti tak aku jangkakan,
peristiwa dengan masakan yang istimewa masih segar dalam ingatan,
aku tahu aku tak patut ambil kisah semua ini dengan satu tindakan,
kerna ini semua mungkin satu langkah aku untuk ke hadapan.

Seperti dalam dunia kayangan,
semua perkara adalah indah di mata kita sebagai pembaca,
tapi apa yang indah dalam dunia kayangan mampukah membawa satu kepastian,
malah aku masih dalam suatu keadaan yang penuh dengan suatu tindakan yang peka.

Setiap yang dilakukan seperti sesuatu yang inginkan kepastian,
kepastian yang hanya mampu terjawab dari aku dengan keyakinan,
tapi itu hanya akan terjawab jika dia yang memulakan,
kerana tindakan dia yang membawa semua keadaan dalam persoalan.

Kenapa?
Tindakan kamu membuat aku terluka?
Tindakan kamu membuat aku bahagia?
Tindakan kamu membuat aku leka?

Tidak pernah cukup membuatkan aku tersenyum,
tidak pernah sekali aku fikirkan aku gila,
dalam keadaan yang tidak pernah pasti ada kepastian yang akan terjawab.

Apa yang tercatat,
aku tahu Tuhan tengah rancang perjalanan aku dalam suatu kebahagiaan,
aku tahu ini semua pasti akan ada jawabnya,
tapi aku takut aku tak mungkin hadapi apa yang ditakdirkan untuk aku dan dia,
aku risau. dalam suatu keadaan kami, dengan kenangan yang ada bakal aku lupakan.

Kerana itu,
aku mohon Tuhan tolong rancangkan perjalanan aku ini ada dirinya
sentiasa ada dalam setiap perjalanan kehidupan yang bakal aku hadapi
kerana apa yang Engkau rancang,
aku yakin
Semuanya Penuh Dengan Makna .

No comments:

Post a Comment