Wednesday, October 5, 2016

Semalam Hingga Ke Mimpi (≧ω≦)

Perlu dikatakan dia semakin hari makin menyinari di setiap hari hariku,
Sesuatu yang telah berlaku hingga membawa dirinya dalam perubahan penampilan,
yang telah membuatku kaku disetiap kata mahupun tidak berani bersua denganmu,
tapi apa yang pasti kau telah membuat diriku lebih cuba untuk mendapatkanmu.

Jujur aku katakan,
setiap hari aku ingin selalu melihat dirimu ingin selalu ada dihadapan aku,
kerana kamu aku mampu untuk hadapi disetiap hari hari yang aku tempuhi,
ingin saja aku memanggilmu untuk temani aku namun apa daya,
aku bukan siapa siapa kepada dirimu.

Tapi
hal semalam betul betul membuat diriku di awangan mimpi,
seperti apa yang aku harapkan selama ini terjadi,
seperti dejavu berlaku dalam harian aku.
Apakah ini sesuatu yang tersurat?

Lalu,
dia ingin aku untuk menilai makanannya,
makanan(spagetti) yang telah menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi,
tak disangka dia masih ingat dengan janji dia untuk aku,
walaupun sedap tapi ada kekurangannya,
tapi siapa aku nak menilai rezeki yang diberikan terutama sekali dari dirinya.

Tapi,
disaat aku menikmati makanan kegemaran aku,
kawan kawan dia menganggu  kerana aku makan makanan itu dalam suatu keadaan yang mampu buat orang berselera,
disaat itulah dia mengaku bahawa aku ini merupakan insan yang istimewa sampai dia tak nak kawan nya untuk mengganggu aku.

Malah dia akui,
dia masak makanan kegemaran aku dengan penuh kasih sayang,
dan dari situlah yang mampu membuat muka aku merah,
kerana menahan malu.
Aku ingin saja menafikan segalanya yang dikatakan oleh dirinya,
tapi hati aku seolah olah mengaku bahawa yang berlaku perlu dibiarkan saja,
apa hati ini tak ingin lagi untuk diri ini dilukai?
apa hati ini ingin menikmati detik manis dan indah saja bagi kesenangan hati ini?
kalau ya, aku akui aku ingin menikmati detik indah ini sampai bila bila.

Namun,
tak mungkin! aku perlu sedarkan diri aku kerana ini mungkin cuma suatu kebetulan,
kerana perjalanan takdir itu mungkin sesuatu yang tersurat mahupun hanya sekadar rahsia,
rahsia yang tak mampu seorang manusia menilai kerana itu adalah urusan Nya.
Dengan keadaan begini, aku perlu berhati hati dari menaruhkan harapan yang tinggi.

Malah,
hal semalam tak pernah berhenti henti di fikiran aku,
aku seperti dalam dilemma yang penuh teka teki,
hingga kan dalam ke awangan mimpiku kau hadir,
seperti hal yang berlaku semalam itu belum berakhir.

Aku perlu akui hal yang Semalam Hingga Ke Mimpi
membuat aku mampu mengharungi disetiap hari hari aku.
Wahai lelaki misteri,
teruskan membuat aku terkaku dengan kejutan yang mampu buat aku bahagia walaupun aku ini bukan siapa siapa dalam dirimu.


No comments:

Post a Comment