Dari satu masa ke satu masa aku masih sering mengharapkan hubungan ini lebih dari kawan,
Mungkin itu cuba imaginasi serta impian aku sahaja.
Tapi aku tahu perasaan kamu bakal berubah dalam satu masa nanti.
Serta aku mengharapkan masa itu akan berlaku di masa terdekat mahupun panjang.
Tapi yang aku pasti Tuhan tahu yang terbaik buat kita.
Jika benar Tuhan membenarkan keadaan kita mampu pergi lebih jauh.
Aku lah orang yang pertama akan menanti saat itu.
Dimana aku dan kamu mengharungi segala cabaran dan dugaan yang diberikan.
Serta aku tak sabar untuk sentiasa ada, kekal dan bahagia dengan dirimu.
Semoga apa yang aku impikan, dikabulkan.
Jika perlu aku katakan, aku sangat bahagia dengan keadaan kita begini.
Dimana aku dan kamu tidak mempunyai apa apa hubungan melainkan kawan.
Serta perasaan ini akan kekal selamat tanpa apa apa yang berlaku.
Aku juga mengharapkan keadaan kita sampai sekarang akan kekal selamanya.
Walaupun, aku tahu suatu hari nanti kau pasti bakal pergi.
Disaat bila hal ini melibatkan keadaan yang bakal pudar.
Aku tak ingin perkara itu berlaku walaupun keadaan memaksa kita untuk buat begitu.
Jika perlu, aku tak ingin juga menyebut mahupun membincang hal yang melibatkan perpisahan ini.
Aku nak selamanya kekal dengan keadaan ini buat masa sekarang, hari ini, esok, lusa dan selamanya.
Dalam setiap detik dan masa aku sering mendoakan keadaan kita akan bahagia.
Wednesday, August 24, 2016
Saturday, August 20, 2016
Masa Tidak Akan Pernah Cukup (◠‿◠✿)
Aku tidak akan pernah tahu, peluang yang diberikan amatlah terbukti.
Dimana dirinya dan diri aku, telah dikawal oleh masa yang dibahagi.
Aku mohon disetiap saat yang diberi, amatlah aku hargai.
Kerana peluang ini amatlah tipis dalam setiap perkara yang aku hadapi.
Dimana dirinya begitu dekat dengan diri ini, aku sering memerhati.
Tidak pernah terlepas pandangan ini, kerana dirinya amat berhati hati.
Mungkin aku bukanlah seorang yang terbaik untuk dirinya,
Tapi aku mampu bagi kebahagiaan yang tak terkira.
Pada saat yang sunyi, aku mengharapkan kau menyendiri.
Bagi memberi, suatu keadaan yang pasti.
Bukan niat aku untuk mencintai, tapi hati ini telahpun kau bakal miliki.
Kerana aku menyayangi, bagi setiap saat yang Tuhan beri.
Tidak pernah terlepas melihat setiap sudut personalitimu, dimana aku diam terkaku.
Kerana aku mengharapkan persamaan, namun yang hanya ada perbezaan.
Aku yakin memori boleh tercipta, walaupun ia satu diluar jangka.
Kerana dirimu begitu indah, sedangkan aku begitu lemah.
Aku mengharap masa sebegini berulang lagi, bagi ketenangan di dalam hati.
Dimana bagi aku memori ini amatlah bererti, walaupun kau aku perlu lebih ketahui lagi
Kerana bagi diriku, Masa Tidak Akan Pernah Cukup untuk aku dekat dengan dirimu.

Friday, August 19, 2016
Aku Bertahan Demi Kamu ≖‿≖
Memang sukar diduga, Tuhan memang banyak perancangan buat manusia.
Aku baru sahaja menghadapi cabaran yang dibagi oleh-Nya, dan sekarang aku mula berubah,
Bukan berubah kerana dia, tapi berubah hati pada insan yang ada.
Tuhan, apa kah maksud kehadiran dirinya?
Aku tahu perasaan ini baru saja mekar, aku tahu aku patut terus meneka.
Tapi aku hanya insan biasa, yang perlukan suatu jawapan yang ketara.
Mungkin ini hanya untuk sementara, tapi kenapa perlu aku dibiarkan untuk meneka.
Kerana aku masih terluka kerana insan yang tidak pandai berkata,
Makin hari makin bertambah, kerana dia selalu ada.
Aku tahu aku perlu bersabar, untuk menanti kebenaran yang tegar.
Wahai hati, aku mohon kau untuk bertahan, kau untuk kekal jangan biarkan dirimu tertekan.
Aku berhenti untuk menerima kehadiran seseorang, tapi kenapa dia muncul harus sekarang?
Ini membuatkan aku cukup tertekan, untuk menghadapi dia disetiap kehadiran.
Cukup dengan kehadiran, mohon jangan dengan perasaan.
Kerana hati ini harus bertahan, walaupun semalaman.
Tapi siapalah saya untuk menghalang kehadiran perasaan ini,
Tuhan sering menguji perasaan untuk insan yang mampu bertahan,
aku mohon dia yang hadir tidak perasaan dengan perasaan ini,
kerana aku masih ragu menerima dirinya walaupun fakta ini sangat ketara.
Apa- apa pun aku ingin perasaan ini kekal,ada dan buat selamanya
apa-apa pun ini untuk dirinya
Aku berazam sampai dia ketahui,
"Aku Bertahan Demi Kamu"

Wednesday, November 4, 2015
Semua pasti ada hikmahnya (◕︵◕)
Jujur aku katakan apa yang dihadapi ini merupakan suatu cabaran
Sama ada ia jujur, jelas mahupun suatu kebetulan
Apa yang dihadapi sering kali bermula dengan persoalan
sama ada ia merupakan merupakan suatu kenyataan mahupun suatu keinginan
Sejuta mana pun persoalan yang dianjur, sejuta jua dia berikan alasan
Mengharapkan setiap soalan itu diberikan jawapan
Tak kira jawapan yang diberikan merupakan suatu penipuan
Kerana apa yang berlaku memang diluar jangkaan kau dan aku
Aku selalu mengharapkan ini merupakan suatu pengakhiran
Tapi disebaliknya kau mengharapkan suatu gurauan
Entah sama ada ia suatu kebetulan dalam suatu keadaan
Mahupun suatu permainan yang kau mulakan
Aku mohon jangan pernah kembali dengan suatu harapan
Aku mohon jangan pernah kembali dengan sejuta penyesalan
Dan aku mohon jangan pernah kembali dengan seribu cara dalam hubungan
Kerana
Aku tahu semua pasti ada hikmahnya
Tuesday, August 25, 2015
Aku seperti ★~(◡﹏◡✿)
Aku seperti Bunga,
yang memerlukan air untuk menyempurnakan aku.
Aku seperti Bintang,
yang ingin melihat Bulan Purnama untuk menyinari pada waktu malam.
Aku seperti Langit,
yang memerlukan Angin megiringi ku.
Aku seperti kertas,
yang memerlukan Warna untuk mengindahkan aku.
Engkau adalah lelaki yang sempurna buat aku.
Engkau yang hanya boleh membahagiakan aku.
Engkau yang hanya boleh iringi ku.
Dan engkau telah menyedari ku,
Apa ertinya Cinta.

Monday, August 24, 2015
Perasaan yang dinamakan cinta ♥‿♥
Aku tak tahu bila perasaan ni hadir,
ia muncul dengan perlahan,
aku cuba mengenali diri,
tapi ia terlalu banyak tekanan.
Bukan tak ingin memahami rasa ini,
aku hanya bebelah bahagi,
tentang perasaan yang timbul kini,
mungkin kah suatu hari akan pergi.
Apa perasaan ini memberikan kesan,
atau ia membawa mimpi menjadi nyata,
aku ingin rasa bahagia,
bukan hanya melalu kata kata.
Mungkin ia hadir bukan tepat waktunya,
mungkin ia cuma hadir seketika,
aku sering mengharapkan ia nyata,
tapi aku tahu aku bakal terluka.
Aku perlukan dorongan,
bukan dengan kata,
kerana
ini merupakan perasaan
yang dinamakan cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)